Mesti korang semua tertanya-tanya,kenapa aku bagi tajuk entry aku kali Jomblo Jablai.Post kali ni agak special sket sebab ini melibatkan kejantanan dan keperwiraan orang yang aku perkenalkan kali ini.Diorang antara yang terpilih di antara yang tidak terpilih di muka bumi Medan ini.Percayalah,pilihan kali ini sangat tepat.Sesuai dengan selera dan type yang kamu semua impikan.
Sebagai permulaan,aku akan terangkan dulu,apa itu jomblo jablai.Jomblo Jablai adalah bahasa yang digunakan atau lebih famous digunakan di Indonesia.Bukan sahaja di Medan,tetapi di seluruh Indonesia.Untuk maklumat kawan-kawan,ini bukan bahasa batak maupun jawa asli,ini adalah singkatan yang bermaksud Jomblo=Bujang @ Single dan Jablai=Jarang Dibelai.[percayalah,berdekah-dekah aku tulis entry ni].Ingat,di bawah ini adalah calon-calon Raja Jomblo Jablai yang terpilih dan sekali lagi diberi amaran,fikir dulu sebelum mengundi kerana sekali undi bererti nyawa bagi merek."The Choice is Yours"
Beliau seorang yang sangat optimistik dalam melakukan segala pekerjaan.Sama ada memasak,membasuh baju,membersihkan rumah,menolong orang gaji,malah mencuci kamar mandi pun dikerjakan bersungguh-sungguh.
Beliau sangat memegang prinsip Dasar Pandang Ke Timur.Buktinya???Lihatlah penampilannya yang seperti ala-ala penyanyi Korea.Tidakah itu Negara Timur?Mementingkan gaya terutamanya memakai baju adidas dan seluar slack ketika tidur beserta bedak pada badannya.Motto hidupnya,"Biar Pokai asal Bergaya"
Dzul Effendy a.k.a D-joe
Dzul Effendy a.k.a D-Joe seorang jejaka yang dilahirkan di Kemaman,terengganu.Tetapi,sepanjang 18 tahun daripada hidupnya,beliau menetap di Korea Utara.Nama glamournya ketika menjadi model seluar dalam Majalah Korea Today adalah Lee Nate Dong Wok.Nama ini adalah nama daripada seorang sami yang meramalkan nama untuk masa depan di mana nama tersebut bermaksud Kulit Putih tanpa Jerawat.
Dzul Effendy seorang yang sangat pemurah,jujur dan tidak pernah menafikan segala kata-kata sahabatnya.Kalau di zaman Rasulullah terkenal dengan Saidina Abu Bakar yang tidak pernah menafikan kata-kata Rasulullah.Di zaman ini pula,muncul D-Joe.Beliau pula terkenal dengan sifat Hewaninya atau dalam bahasa malaysia,Sifat penyayang terhadap haiwan.Segala haiwan dibelanya termasuklah arnab yang hanya hidup tidak sampai 3 hari.
Nik Azzadeen Aziz
Pasti kamu para wanita di luar sana terkejut dan berdarah hidungnya seperti Air Pancutan selepas melihat gaya dan ekspresi gambar model di atas.Wah....Seksi sekali pandangan matanya dan gaya mulutnya yang menutup besi-besi kawat giginya.Abikan besi itu dan tataplah matanya.Tak pernah lekang melihatnya.Percayalah.
Beliau seorang jejaka Melayu campuran Cina.Matanya yang sepet dan gayanya seperti seorang Cina sering mengelirukan jurujual McDonald yang melayannya pada waktu tengah hari di BULAN PUASA.Pelik tapi benar.Hanya dia yang ada kuasa seperti ini.beliau seorang yang berpandangan jauh dalam muzik.Di dalam almari biliknya,tidak pernah terlepas daripada album-album Hijjaz dan rabbani.Beliau sangat pantang terhadap orang-orang yang mengeluarkan kata-kata kesat.Pendek kata.benci terhadap orang yang mencarut.Undilah AZZADEEN
Khir Zikri
Jangan terkejut.Beliau seorang Melayu.Seperti Azzadeen,beliau kacukan Cina.Model terakhir dan terhangat di pasaran ini anak kelahiran Johor.Dulu beliau pernah terjebak dalam kontroversi video Chua Soi Lek.Namun,peristiwa hitam itu tidak pernah meruntuhkan semangat beliau untuk bertanding dalam pencarian King Jomblo Jablai kali yang pertama diadakan.
Beliau terkenal dengan koleksi perfume yang sangat luar biasa banyaknya.Mukanya yang serius ini jangan disangka tidak minat Celine Dion.Wah.Romantis sekali Zikri.Beliau pernah serius dalam bidang muzik dimana telah menubuhkan band Meet Uncle Zikri.
Salah satu benda yang menarik tentang jejaka yang tersangatlah "TaMpan" dari batu Pahat ini adalah,beliau pandai membaca subtitle bahasa Sepanyol dalam CD yang dibelinya. [CD itu rosak dan keluar subtitle Sepanyol.Die gelak-gelak sambil tengok]
Kepada peminat-peminat di luar sana,undilah siapa yang layak dalam menjadi King Jomblo Jablai yang julung-julung kali diadakan ini.Tidakkah anda terfikir bahawa jejaka-jejaka ini ada hak untuk merasakan dibelai.bantulah mereka.Rancangan kali ini sangat mempengaruhi masa depan jejaka-jejaka tampan ini.
Jangan lupa untuk mengundi.Cara untuk mengundi,sila lihat di bawah ini....
hantarkan ke ruangan Komen di bawah ini...
ingat!!! The choice is yours