CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, July 2, 2009

Mamat Pelik di hari Kedua

Hari ni dah masuk hari ke-2 aku makan angin kat bandung.Dah kembung dah perut aku layan angin Bandung.Serious aku cakap,sangat sejuk especially bila lepak-lepak dekat bukit-bukit sini.

2nd day ni,dah banyak tempat aku pegi.Paling menarik,melayan kawah-kawah dekat bukit ape name ntah.Siyes aku cakap,besar nak mati kawah tu.Baru aku paham asal budak-budak ni suka sangat panggil mamat muka jerawat seperti muka berkawah.Hahaha.gelak golek-golek.

Benda paling pelik aku beli hari ni.Topi ada ekor.Penah dengar?haha.Aku beli satu topi ni.Topi die ala-ala army Russian yang dibuat dari kulit@bulu arnab.Walaupun dunia skang menyambut hari No Fur on Shirt, aku pedulik hapaaa...

Nak dijadikan cerita,aku melepak dekat Paris Van Java[satu shopping mall]. Sambil melayan air coke dan menikmati donut jCo[patut berat aku x berubah] , ada sorang mamat ni minta lighter dekat aku.Aku pun tersengih-sengih cakap,"Sori pak,ngak bawa"...

Untuk mengelakkan dari tersipu-sipu malu,mamat tu melepak laa dengan aku sambil borak-borak.Layan punya layan,rupanya mamat ni seorang askar. Non stop duk bercerita lawan puak-puak pemisah kat sempadan Indonesia.Non stop bercerita sampai aku sendirik dahaga dengar dia bercerita.

Last-last dia stop jugak.Dinally aku dapat relax. Die mintak kebenaran nak pulang.So,aku pun salam laa..Time aku nak paling muka je,mamat tu tepuk aku sambil cakap,"Lupa aku mau nanyakan namamu.".Aku sengih-sengih kerang wangi dan cakap nama aku kat mamat nie...mamat tu membalas,"Namaku Jackie Chan [namanya seperti yang aku sedia maklum]. Ingat ya,Namaku Jacky Chan,..C.H.U.N.K....Jacky Chunk!"....

Berhingus hidung aku ketawa berdekah-dekah..Ada gak makhluk nama macam nie..haha

Sunday, June 28, 2009

Transformers 3

Dunia dikejutkan dgn Transformers yang bertukar menjadi robot yang berbadan sasa.Ya benar..Baru-baru ni macam-macam orang cite kat aku,transformers 2 best macam syal.Siap cite2 depan aku.

Ada yang kasik 6 bintang,ade yang kate nak tengok balik..yang bestnya,ade tanye aku,ko xtengok ke wayang kat Terengganu,Latep??[cilakak,mentang-mentang Ganu xde wayang]

..............................................................................................................................................................................

Petang tadi aku lepak seperti biasa dengan jiran-jiran.Lagi sekali mereka duk seronok bercerita pasal Transformers.Aku pun bukak laa cite pasal transformers.Padahal aku tengok trailer je.Haha.Pity me.Cite punya cite,member aku bernama Tahar[bukan nama sebenar] cakap,mungkin ada sambungan untuk transformers.Akan kuar sekuel ketiga.

Aku tanya Tahar,kalau ko jadik robot,ko nak jadik robot ape??Dia diam dan berpikir sejenak.Aku nak jadi .........

bleh x aku jadik bracer ko tep?besi kan??

Dalam hati aku berbunyik,ko memang celake laa tahar......







p/s: Aku nak jadik Jet,terbang pegi Sabah berjumpaSi Dia...Kangen bangat

Wednesday, June 17, 2009

Sepantas Kilat

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
[menjerit]

Cuaca hari ni sgt panas.Terasa seperti bermain laptop di tepi gurun sahara.Pedihnya yang amat "ftttt".Sabar latep...

Semalam aku baca kosmo..Cuaca panas n jerebu skang datang dari kesan La Nina yang melanda bahagian Amerika Barat.Gile jauh dari Asia oi...Aku ingat masa duk Medan je yang panas.Terasa jugak nak bukak aircond.Ahh....abaikan

Syok punya syok main latop,datang maid aku,,"Abang,tutup latop.Kat luar dah hujan"

Apa kejadah makcik ni suruh tutup laptop sebab hujan.Bukan aku gi tadah laptop bawah hujan.Lucu laa...

Tengah syok main,tibe-tibe bunyik meletop macam dalam movie Saving Private Ryan.Gaya letop die macam nak pecah bilik aku.Kilat sabung menyabung.Bukan hujan je,ribut dan kengkawan sumer datang.Tangan aku kene sambar dengan letrik.Betul Professor X cakap dalam citer X-Men,"Flashman is the fastest mutant i ever met"..Tak sempat aku nak alih tangan,Boommm...kebas tahap kene cubit dengan Sakinah tangan aku.Qeen,,,sakettt

Burpp...

Asal ko macam ni???

Asal bau ko pelik???

Burp.....

Mama,durian tadi sedaplaa...Tapi bau busuk..

Welcome Home

Aku dah sampai rumah.Seperti biasa, setiap 6 bulan anakanda akan pulang ke rumah jumpa bonda dan ayahanda.Anak mithali kalau orang melayu cakap.

Dah 4 hari aku menternak lemak di rumah.Tak ade buat apa-apa.Main internet,dia takde,bosannn..Main ps2,kene gelak dengan adik aku darjah 5.Dudukla aku makan,tidur tengok tv hari.mana lemak tak tumbuh kalau macam ni.Aku duk pikir,kenapa Albert Eingstein tak cipta alat untuk potong lemak tanpa ada injury dan kenapa Henry Ford tak buat alat senaman menghilangkan lemak dalam 1 minggu selepas dia ciptakan kereta?

Bosan laa duk macam ni hari-hari.Aku terus kuar naik motor sambil carik teh tarik dan pisang goreng(makan lagik!!)

Tiba-tiba,ada panggilan masuk....

"Tep,barang ko order tak dapat.Orang tu tipu ko and duit yang ko masuk tu lesap!"

Aku bengang sambil membalas,"Apsal dia nak tipu?ko dah check betul2??"

"hahahaha..Aku tipu ko je tep,saje kaco ko,Borink"

"Pukimak..ko buat aku cuak je.Macam syal pak Tam."[yang call aku tu Rustam.Dia sangat putih]

Itulah lawak yang mamat tu kenekan dekat aku.Patut Alexander Graham Bell ciptakan telepon yang boleh masukkan tangan so senang aku nak ketuk mamat putih tu.

"boss!teh tarik tadi berapa?"[sambil call Danial mintak bawakkan wallet.Tertinggal]

Sunday, January 4, 2009

9th Month Anniversary


Sekejap je dah 9bulan kitorang kapel..Aku doa agar Tuhan yang Esa akan panjangkan hubungan kitorang.Hidup ini tidak lama.Tapi hidup ini akan bermakna kalau hidup dengan orang-orang yang kita sayang.

To my dearest Keen, u r the most precious thing i ever had.No words can describe how much i feel and luv about u.

I LOVE U NUR SAKINAH




Tiffanique..

Friday, January 2, 2009

Ade jugak makhluk macam kau...

Tadi aku pergi pasar,seperti biasa sejak dua minggu ni.Aku start pergi ke gerai yang jual daging.

"Bang,kasik daging lembu sekilo!"

"Orait dik,tapi lambat sket.Abg nak setelkan bungkusan nie dulu"

"Ok2.No hal boss!"

Sambil aku tunggu,aku lepak di warung kopi sebelah pasar.Aku duduk sambil makan nasik lemak 2 bungkus.

Tengah sedap-sedap aku pelahap nasik lemak,tiba-tiba datang sorang mamat bangla dengan lengkap suit kelabu atas bawah.Muka dia peluh-peluh sambil membebel dalam bahasa ibunda dia.Tengah aku tengok dia,tibe-tibe die pandang aku balik.Aikk??ape kejadah die usha aku balik?

"Boss,ade orang ka sebelah u?"tanya mamat tu..

"xde.Duduklah."aku menjawab..

Tanpa menunggu lame aku bertanye kepada mamat ensem putih melepak itu..

"Boss,ape hal muke lu nampak sememeh je?Nampak macam kene kejar lembu je?"

"Xde la bang.Saya mau cite satu benda bodoh yang pernah saya dengar.Saya kerja jadik driver sorang businessman kaya.Tadi dia mintak saya pergi dekat kedai komputer sebelah sini.Die ckp mcm nie sama saya,,,"kamu pergi dekat kedai komputer sane,tolong belikan saya satu laptop.Saya kasik kamu RM10 then saya nak kamu bawakkan saya laptop dari kedai sane"...Boss saya ckp macam itu sama saya tadi"kata mamat bangla itu..

"hahahaha..bodohnya mamak.Boss ko tu nak kenekan kau laa tu" aku berkata dalam HATI.haha.dalam hati je aku berkata.Tak berani depan-depan.

Bengong.Boss die pun satu,nak kenekan die pun agak-agaklah.Pastu,aku dengar balik dia ckp satu benda yang buat aku tergamam...

"Boss saya ini bodoh punya orang.Dia kasik sama saya RM50 pun mana boleh saya beli laptop dari itu kedai.Dia ingat saya bodoh ka??Dia mau tipu saya ka? Apa die tidak tahu Hai ni Cuti Umum?mana ada kedai bukak!" katanya...

Aku terasa aku yang jadik bodoh...Ape punya makhluk laaaa

.....................................................................................................................................................................

Thursday, January 1, 2009

Light Of Peaceful

Bila aku rindu dia,aku tatap wajah dia...

Bila aku sunyi tanpa dia,aku temani waktu aku dengan suaranya.,

Aku rindu dia sangat-sangat.Aku jarang berjauhan dengan dia.Aku di Terengganu.Dia di Sabah.Tuhan saja yang tahu betapa seksanya aku sekarang.Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.Aku kerja.dia pun sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang kakak.Dalam sibuk-sibuk dia,aku tahu die mesti akan ingat aku.

Baru kejap tadi aku terdengar lagu "womanizer" nyanyian Britney Spear.Aku tersenyum sorang-sorang.Ni kalau dia ade,mesti die duk melalak depan aku nyanyi lagu ni tanpa boring.Dulu aku rase nak je suruh die stop nyanyi lagu nie.Mana tidak,24/7 duk nyanyi lagu nie je.Haha..Sekarang apa yang die buat dekat aku?"She makes me sick of missing her!"

Skang jam 11 lebey.Kalau aku dekat medan skang,mesti die duk merungut dekat aku die lapar.Makan sikit je tadi.Bila teringat balik,aku gelak sorang-sorang.haish..sayang,u cukup x makan kat sane??

Pagi-pagi,dia mesti kejutkan aku.Mesti pagi-pagi dia akan bebel dekat aku sebab bangun lambat.Pot pet sane sini.terpaksa aku bangun.Tapi,dah 2minggu tak dengar die pot pet..sumpah aku rindu die bebel.haha.

Biasa sebelum tidur,die akan tanya aku besok nak lunch katne?dinner katne n abes class jam brape.Sebab aku tau,die nak jumpe aku.hehe.Hari-hari aku jumpe die.Tapi,dah 2minggu aku tak tatap wajah die.

Aku suke tengok mata die.Macam-macam kaler.Tiap-tiap bulan mata die berubah warna.Cool.New mutation for new human era.Haha.Tapi skang,aku hanya tatap mata aku dalam cermin.

Betul,kami skang sangat jauh.Sabah n terengganu,satu jarak yang tak dapat aku bayangkan.

Sayang,i really-really miss you.Today is 1st january.You know wut is my wish for this new year?There's a lot things dat i wish to do.

Dear God the only thing I ask of you is..
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again





Light of peaceful...Nur Sakinah,,I luv u.now n forever.