Tora datang lagi..
Begitulah kalimat yang keluar dari iklan mainan sewaktu aku masih kecik-kecik dahulu.Intro tersebut menandakan kepulangan aku setelah beberapa hari,mungkin minggu aku tidak menulis sebarang entry.Jangan risau peminat semua.Aku tak menghampakan korang.
Aih..where to start.....
Setelah berminggu-minggu hidupku dilanda ujian yang getir maha susah.Kesabaran aku hampir menghilang ibarat urat-urat di kepala hampir putus memikikan soalan-soalan yang terpaksa dijawab ketika peperiksaan...Maha dahsyat sekali dapat ku katakan.
Sungguh bengang sekali hati aku ini apabila menjawab soalan-soalan exam yang lepas.bayangkan lah study berminggu-minggu akhirnya seciput je yang aku boleh jawab.Tahi sungguh.
Takpelah.Benda yang lepas dah jadi sejarah.Sekarang,,hahaha...aku akan membalas kesemua hentaman dan serangan teman-teman yang membuat entry terhadap diriku ini.
.................................................................................................................................................................
Pada suatu hari,tanggal sekian sekian,
"Ding,,u got one new message in your mail"
Sape pulak yang kasik email kat aku tengah-tengah malam buta nie.Tengah aku study lak tu.Bukak punya bukak,rupanya ade new entry dari Lady Qeen..hehe
Dengan pantas aku membuka blognya kerana aku tahu,kalau dia tak ada kerja,benda pelik-pelik akan dia tulis.haha.
"Teeettttt,Latiff,u've been TAG!!!!
Ape jadah yang minah ni buat?Tag tu natang ape.Sumpah aku tak pernah kene tag dan aku pun tatau tag tu jadah ape.Aku bukak kamus dewan bahasa pustaka.Puas aku cari.Jumpa satu perkataan bermaksud tag.Tag=tanda harga.Ape kes Si Dia ckp aku kene tanda harga.Baca punya baca,rupanya tag adalah satu jebakan atau serangan soalan bertubi-tubi oleh seseorang.Haha.Jakun sungguh Latep.
Kawan-kawan,terdapat beberapa pedoman dari kisah aku tadi.Pertama,apabila anda di TAG,jangan sesekali mencari maksud di dalam kamus kerana anda akan mendapat maksud yang salah.
Kedua,apabila anda di TAG,jangan abaikan kerana anda mungkin akan terkena perangkap.
Ketiga,jawablah dengan baik.
Biodata
5 years ago
0 Kritikan Hebat:
Post a Comment