CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, December 17, 2008

Pemilihan Raja Jomblo Jablai

Hahahahahahahahahaha[intro setan sket]


Mesti korang semua tertanya-tanya,kenapa aku bagi tajuk entry aku kali Jomblo Jablai.Post kali ni agak special sket sebab ini melibatkan kejantanan dan keperwiraan orang yang aku perkenalkan kali ini.Diorang antara yang terpilih di antara yang tidak terpilih di muka bumi Medan ini.Percayalah,pilihan kali ini sangat tepat.Sesuai dengan selera dan type yang kamu semua impikan.

Sebagai permulaan,aku akan terangkan dulu,apa itu jomblo jablai.Jomblo Jablai adalah bahasa yang digunakan atau lebih famous digunakan di Indonesia.Bukan sahaja di Medan,tetapi di seluruh Indonesia.Untuk maklumat kawan-kawan,ini bukan bahasa batak maupun jawa asli,ini adalah singkatan yang bermaksud Jomblo=Bujang @ Single dan Jablai=Jarang Dibelai.[percayalah,berdekah-dekah aku tulis entry ni].Ingat,di bawah ini adalah calon-calon Raja Jomblo Jablai yang terpilih dan sekali lagi diberi amaran,fikir dulu sebelum mengundi kerana sekali undi bererti nyawa bagi merek."The Choice is Yours"



Azizi Bin Azizan

Beliau seorang yang sangat optimistik dalam melakukan segala pekerjaan.Sama ada memasak,membasuh baju,membersihkan rumah,menolong orang gaji,malah mencuci kamar mandi pun dikerjakan bersungguh-sungguh.

Beliau sangat memegang prinsip Dasar Pandang Ke Timur.Buktinya???Lihatlah penampilannya yang seperti ala-ala penyanyi Korea.Tidakah itu Negara Timur?Mementingkan gaya terutamanya memakai baju adidas dan seluar slack ketika tidur beserta bedak pada badannya.Motto hidupnya,"Biar Pokai asal Bergaya"



Dzul Effendy a.k.a D-joe

Dzul Effendy a.k.a D-Joe seorang jejaka yang dilahirkan di Kemaman,terengganu.Tetapi,sepanjang 18 tahun daripada hidupnya,beliau menetap di Korea Utara.Nama glamournya ketika menjadi model seluar dalam Majalah Korea Today adalah Lee Nate Dong Wok.Nama ini adalah nama daripada seorang sami yang meramalkan nama untuk masa depan di mana nama tersebut bermaksud Kulit Putih tanpa Jerawat.

Dzul Effendy seorang yang sangat pemurah,jujur dan tidak pernah menafikan segala kata-kata sahabatnya.Kalau di zaman Rasulullah terkenal dengan Saidina Abu Bakar yang tidak pernah menafikan kata-kata Rasulullah.Di zaman ini pula,muncul D-Joe.Beliau pula terkenal dengan sifat Hewaninya atau dalam bahasa malaysia,Sifat penyayang terhadap haiwan.Segala haiwan dibelanya termasuklah arnab yang hanya hidup tidak sampai 3 hari.



Nik Azzadeen Aziz

Pasti kamu para wanita di luar sana terkejut dan berdarah hidungnya seperti Air Pancutan selepas melihat gaya dan ekspresi gambar model di atas.Wah....Seksi sekali pandangan matanya dan gaya mulutnya yang menutup besi-besi kawat giginya.Abikan besi itu dan tataplah matanya.Tak pernah lekang melihatnya.Percayalah.

Beliau seorang jejaka Melayu campuran Cina.Matanya yang sepet dan gayanya seperti seorang Cina sering mengelirukan jurujual McDonald yang melayannya pada waktu tengah h
ari di BULAN PUASA.Pelik tapi benar.Hanya dia yang ada kuasa seperti ini.beliau seorang yang berpandangan jauh dalam muzik.Di dalam almari biliknya,tidak pernah terlepas daripada album-album Hijjaz dan rabbani.Beliau sangat pantang terhadap orang-orang yang mengeluarkan kata-kata kesat.Pendek kata.benci terhadap orang yang mencarut.Undilah AZZADEEN



Khir Zikri

Jangan terkejut.Beliau seorang Melayu.Seperti Azzadeen,beliau kacukan Cina.Model terakhir dan terhangat di pasaran ini anak kelahiran Johor.Dulu beliau pernah terjebak dalam kontroversi video Chua Soi Lek.Namun,peristiwa hitam itu tidak pernah meruntuhkan semangat beliau untuk bertanding dalam pencarian King Jomblo Jablai kali yang pertama diadakan.

Beliau terkenal dengan koleksi perfume yang sangat luar biasa banyaknya.Mukanya yang serius ini jangan disangka tidak minat Celine Dion.Wah.Romantis sekali Zikri.Beliau pernah serius dalam bidang muzik dimana telah menubuhkan band Meet Uncle Zikri.

Salah satu benda yang menarik tentang jejaka yang tersangatlah "TaMpan" dari batu Pahat ini adalah,beliau pandai membaca subtitle bahasa Sepanyol dalam CD yang dibelinya. [CD itu rosak dan keluar subtitle Sepanyol.Die gelak-gelak sambil tengok]

.........................................................................................................................................................................


Kepada peminat-peminat di luar sana,undilah siapa yang layak dalam menjadi King Jomblo Jablai yang julung-julung kali diadakan ini.Tidakkah anda terfikir bahawa jejaka-jejaka ini ada hak untuk merasakan dibelai.bantulah mereka.Rancangan kali ini sangat mempengaruhi masa depan jejaka-jejaka tampan ini.

Jangan lupa untuk mengundi.Cara untuk mengundi,sila lihat di bawah ini....


Ketik Jomblo [Spasi] Nama [Spasi] Jablai

hantarkan ke ruangan Komen di bawah ini...



ingat!!! The choice is yours





Monday, December 15, 2008

Watikah misteri Bilik depan

Tepat jam 11.34 pagi,hari minggu,aku bangun seperti biasa.Agak lambat berbanding teman-temanku yang lain.Suhu bilik aku seakan menjadi -10C walaupun suhu aircond bilik sampai 18C je.Aku bangun dengan malasnya.

Patutla sejuk semacam.Selimut aku terbang ke tempat lain.Menggigil aku.Dah la kurus[aku tau korang gelak kat sane]..Dalam kegelapan aku mencari kunci bilik aku dengan mata aku yang sepet dan ber "eye shit"..Geli sungguh.Terasa nak cepatcepat je ke toilet.

Misteri berlaku selepas aku membuka pintu bilik.Tertera selembar watikah ditampal di depan pintu bilik depan aku.Sangat misteri.Tulisannya yang buruk lagi jelek menambahkan lagi misteri.

MasyaAllah...

"Saye mau tido.Jangan ganggu saye.Terutamanya latep,Nate n adie.....

daripada yang tersayang,,Khir Zikri.."

Terbeliak mate aku baca watikah tu.sangat misteri.Sangat angker.Sangat menggelikan.Ternyata perkataan yang tersayang itu cukup membuatkan ingin muntah dan terpaksa menggosok gigi dua pusingan.

Aku hairan...Sumthing missing,

Petang tadi,selepas aku pulang dari makan bersama si Dia,datang sahabatku,Jijie[bukan nama sebenar].Masuk ke bilik aku dengan perasaan sayu.

"Tep,apehal mamat tu tulis announcement mcm tu depan bilik die?Siap ade yang tersayang lagi?"jijie berkata...

Hahaha.Aku menahan gelak aku.Sah,jijie jeles.Kenapa namanya tidak disebut.Berulang-ulang kali aku mendengar dia mengatakan sesuatu tentang hal tersebut.Aku paham perasaan ko jie.Perasaan membaca watikah misteri bilik depan.

p/s: khir sayang kau jie......

Sunday, December 14, 2008

hari ini aku....

1)Aku bangun lambat.Aku rasa lapar,aku pegi mandi.Nak gosok gigi,oh f**k,ubat gigi abis.

2)Aku lap rambut,sambil lap,aku timbang berat badan aku.Kenapa berat aku tak naik2?hari-hari sama.tetap mantain 80..walaaa

3)Aku start motor.Dalam perjalanan,aku selisih dengan seorang budak bawak skuter.Aku press kuat-kuat sebelah dia.Pastu aku pecut.Tibe-tibe minyak abes,aku stop tepi jalan.nampak budak tadi selisih sambil kakinya membuat "gaya berjalan" seolah-olah memperli aku balik.Tahik sungguh

4)Aku makan sangat banyak dengan harapan berat aku esok hari ade perubahan.Bosan dengan berat yang sama.Aku makan banyak dengan Si Dia.Tengah-tengah makan,aku cakap kat Si Dia,petang ni nak bawak dia makan angin dengan vespa aku.Suddenly,hujan lebat.Barbiturat sungguh

5)Aku rase sangat malang.Aku balik dalam keadaan hujan.Terasa underwear aku boleh diperah.Sampai-sampai bilik,aku nampak ada 300 ribu rupiah atas meja aku.Wah,ni tandanya rezeki aku murah walaupun nasib malang hari ni.Nampak member aku masuk bilik."tep,ade nampak 300 ribu aku dalam bilik ko?" pastu aku ckp,,barbie betul...

Saturday, December 13, 2008

Kutukan keras ke arah Edward Cullen[sambungan kutukan jijie]

Edward Cullen,

namanya menjadi sebutan ramai perempuan-perempuan di dunia sumatera utara sekarang.Pantang nampak gambar,nampak idung,nampak bibir die,akan meleleh dan cair ibarat mentega dipanaskan atas kuali dapur.

Aku kasihan dengan budak-budak nie.Tertipu dengan kehenseman Si Edward Cullen.Padahal,mereka tak sedar betapa macho n Hensem lagi jejaka-jejaka di 'surrounding' diorang.Aish..Sebagai contoh,Jijie,orangnya comel,macho bile ketawa,n tegas apabila berkata-kata.

Contoh lain pula,sahabat aku,Dzul Effendy,mukanya cute,jambu n walaupun agak gelap berbanding Si Cullen tu,tp,kemelayuannya terserlah.

Kepada semua perempuan-perempuan di luar sane,terutama yang darahnya habis disedut,silelah,pandang orang-orang di sekeliling anda.Apa ada dengan Si cullen?Mukenya sangatlah putih.Pakai celak pon x pandai????

Inilah lelaki yang digilai remaja-remaja sekarang.Cuba kasik 10 sebab,kenapa die Jambu n Macho?

And kAsik satu je sebab kenapa jijie n nate tidak macho??

"the choice is yours"



p/s:Sape nak join team Anti Edward Cullen?Press die Jijie

Friday, December 12, 2008

Jang,oo jang,,apo kono eh jang

Tepat jam 3.45 pagi,aku dengan temanku jijie baru balik daripada membeli barang di petronas.Kesejukan melanda memaksa aku membeli secawan kopi dan jijie membeli sekotak ayam kfc.

Seperti biasa,masuk je rumah,aku akan menuju ke bilik..

Tiba-tiba..

"Beng-Beng!!"

Kelibat orang di dalam bilikku yang memusykilkan.Tangannya menunjukkan isyarat seperti memegang senapang dan menghala ke arah aku.

Teman sebuluku bernama Adie[bukan nama sebenar] di sebalik kelibat lelaki yang memusykilkan tadi.Matanya terpejam,Mulutnya tertutup dan tangannya kaku.

Aku terduduk di depan pintu dan aku bermula ketawa berdekah-dekah.Temanku yang satu mengigau menjadi Kapten Hassan

.................................................................................................................................................................

Sesi menjawab tag

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Kick her butt and never regret

2. Do you like tags?
its weird y people created this tag thing.Haha

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
Ask my beloved one to eat vegetables a lot

4. Whose butt would you like to kick?
People who got no butt

5. What would you do with a billion dollars?
Sogok Dosen.hahaha

6. Will you fall in love with your bestfriend?
Keen is my besfren.So,whats the meaning?hehe

7. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
These two thing come out in the same time.

8. Are you gorgeous?
Erm,,lelaki boleh pakai word nie ke?

9. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
say dat i like u.Im a machoman.dats it!

10. What do you pray each day for your loved one?
Her happiness

11. What takes you down the fastest?
Hungry.

12. How would you see yourself in ten years time?
A cool 30 years old rock doctor with his wife carry a cute baby

13. Why do you think you are so tensed up..no matter at the office..or at home or in your toilet??
becoz someone stole my toothpaste in my toilet

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Kuat makan.haha..jgn marah..Tobat x buat lagi

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
married but rich bak kate keen

16. Who would you like to see the moment you wake up?
My charming fish!

17. What’s the character must have in your partner?
Alwez treat me jagung bakar every evening

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Both..haha

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Can forgive, never forget.


20. Do you prefer being single or having a relationship?
huahua..I luv to be in a relationship

21. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
Erm,,some people say,catch ur family back when u reached ur dream..hahaBut,i said no!

Bila Latep mula menaip

Tora datang lagi..

Begitulah kalimat yang keluar dari iklan mainan sewaktu aku masih kecik-kecik dahulu.Intro tersebut menandakan kepulangan aku setelah beberapa hari,mungkin minggu aku tidak menulis sebarang entry.Jangan risau peminat semua.Aku tak menghampakan korang.

Aih..where to start.....

Setelah berminggu-minggu hidupku dilanda ujian yang getir maha susah.Kesabaran aku hampir menghilang ibarat urat-urat di kepala hampir putus memikikan soalan-soalan yang terpaksa dijawab ketika peperiksaan...Maha dahsyat sekali dapat ku katakan.

Sungguh bengang sekali hati aku ini apabila menjawab soalan-soalan exam yang lepas.bayangkan lah study berminggu-minggu akhirnya seciput je yang aku boleh jawab.Tahi sungguh.

Takpelah.Benda yang lepas dah jadi sejarah.Sekarang,,hahaha...aku akan membalas kesemua hentaman dan serangan teman-teman yang membuat entry terhadap diriku ini.

.................................................................................................................................................................

Pada suatu hari,tanggal sekian sekian,

"Ding,,u got one new message in your mail"

Sape pulak yang kasik email kat aku tengah-tengah malam buta nie.Tengah aku study lak tu.Bukak punya bukak,rupanya ade new entry dari Lady Qeen..hehe

Dengan pantas aku membuka blognya kerana aku tahu,kalau dia tak ada kerja,benda pelik-pelik akan dia tulis.haha.

"Teeettttt,Latiff,u've been TAG!!!!

Ape jadah yang minah ni buat?Tag tu natang ape.Sumpah aku tak pernah kene tag dan aku pun tatau tag tu jadah ape.Aku bukak kamus dewan bahasa pustaka.Puas aku cari.Jumpa satu perkataan bermaksud tag.Tag=tanda harga.Ape kes Si Dia ckp aku kene tanda harga.Baca punya baca,rupanya tag adalah satu jebakan atau serangan soalan bertubi-tubi oleh seseorang.Haha.Jakun sungguh Latep.

Kawan-kawan,terdapat beberapa pedoman dari kisah aku tadi.Pertama,apabila anda di TAG,jangan sesekali mencari maksud di dalam kamus kerana anda akan mendapat maksud yang salah.

Kedua,apabila anda di TAG,jangan abaikan kerana anda mungkin akan terkena perangkap.

Ketiga,jawablah dengan baik.