Tiba-tiba Latep ketawa berdekah-dekah,,,,
Nota kuliah tinggal banyak yang belum diulang....
p/s:Latep terus ketawa
Monday, November 24, 2008
Ketawa Tanda Gila
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 11:26 PM 4 Kritikan Hebat
Durian dan Diarrhea
Durian merupakan makanan yang sangat digemari di negara-negara di asia tenggara seperti Malaysia,Indonesia,Thailand dan Vietnam.Durian mempunyai permukaan yang berduri[bagi orang yg tidak tahu].Sangat tajam durinya.
Diarrhea merupakan satu term medic yang bermaksud cirit birit yang tidak dapat dikawal pembukaan dan penutupan anus.Ia dapat diibaratkan sebagai paip air yang 'loose' getahnya.
Pada malam ini aku sangat lapar.Perutku yang bersaiz XS terasa kosong dan tidak terisi.Aku bergegas ke dapur mencarik makanan.Cuma tinggal habuk.
Tiba-tiba,Khir mengajak aku makan durian.Bertemankan teman-teman aku seperti nate,Adie dan jijie menaiki motor menuju ke longgokan durian di tepi jalan.
Dengan selambanya kami makan di tepi jalan tanpa rasa malu dan bermuka tembok.Mencangkung seperti melabur dan makan seperti pelahap.Dashyat sungguh....
Aku menghabiskan hampir 2 biji untuk aku seorang.Bayangkan betapa laparnya aku.Pelahapnya seperti seekor singa memakan seekor beruk.
Sampainya di rumah,aku terasa sakit perut.Sudah tiba masanya..
Diarrhea aku datang lagi seperti doraemon menggunakan pintu suka hati.
Aku berlari ke tandas..Malangnya.....
"di manakah gayung yang biasanya ada dalam kolah ini?"aku hairan...
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 2:47 AM 2 Kritikan Hebat
Saturday, November 22, 2008
Nate a.k.a Djoe
Aku ada seorang sahabat.Aku panggil Nate@Dzul effendy(bukan nama sebenar).
"Tep,tlg aku baiki laptop aku sket.Sound x kuar"nate memulakan perbualan...
"Huh?Rosak ape?asal x antar kedai?"aku membalas...
"Ko kan hackers.Haha.Tlg la"die menjawab kembali...
Aku pun menolong laa Si sahabat aku yang ensem ini.Aku duduk bersebelahan dengannya.Di sebelah kanan.Aku pun membelek-belek laptop nya yang penuh dengan ilmu anatomy.
Tiba-tiba,aku terdengar bunyi pelepasan tanda seakan pecah pundi hempedu.
Nate ketut menghala ke arah aku.
Nate,tuhan maha adil kerana menciptakan 8 arah iaitu utara,barat,dan selebihnya.tetapi kenapa mesti ko menghala ke arah aku untuk melepaskannya.
Macam haram.....
Sumpah macam harammmm
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 10:26 PM 3 Kritikan Hebat
Thursday, November 13, 2008
Tahi dan Nasi Soto Ayam Basi
Hari ini aku rasa sangat malang.Semalang kucing kurap di Cafe fakultas aku yang suka mengemis ikan.
Hari ini aku pegi kuliah.Lain dari hari lain.Aku rase aku sgt ensem biarpun org yang membace post ini mengatakan tidak.Aku pedulik ape.LOL.Aku memakai perfume Aqua De Gio,Salah satu dari empat perfume aku.Dengan riaknya aku berkata sebelum malang menimpa.
Dengan kelajuan vespa ku mencecah 150km per jam aku merempit ke fakultas,rambut tegak ku tetap maintain.Pabila sampai,aku langsung ke Cafe.Duduk dan tanpa segan silu meminta naSik soto
"Bang,nasi soto satu.YANG ENAK ya bang"aku meminta..
"baik boss"brader itu menjawab..
Dengan warna kekuningan yang menyala,air liur ku tampak meleleh.Hilang macho aku sekejap yang ditunjukkan sebentar tadi.Dengan sepantas kilat aku mengambil sudu dan menghirup kuah soto.
Alangkah kelaparan nya aku.Tibe-tibe,,,
"weh,ko tak rasa lain ke soto dia tu?aku makan tak abis dowh tadi"memberku fyfy menegur..
"uiks..pehal dowh.tak rase pape pon?"
"ko memang.Dah lapar,sume rase ilang"fyfy membalas..
Aku pelik.ditambah dengan perasaan ingin tahu,aku mencuba lagi kuah soto itu berulang kali.
Rupa-rupanya....
Lahanat.Ini bukan ayam rangup sup soto.Ini ayam basi.Babik...
Tak pasal-pasal aku dah makan ayam basi hasil kerja kambing pekerja cafe tu.hanya tuhan je tau betapa banyaknya carutan-carutan yang keluar hasil resepi ayam yang menjadi basi.
......................................................................................................................................................................
Setelah puas memberikan carutan-carutan yang keras terhadap brader cafe tu,aku bergegas ke Skills lab.Aku bersama semek gemuk Aliaa berlari menaiki tangga,.Of course aku yang menang.Latep memang kurus.Tak dinafikan..
Yeah..Hari ni main taik.Sudah lama aku menunggu untuk belajar check taik.Haha.Sumer orang pelik kenapa aku sengih je dalam skills lab tadi.MAsing-masing mempoyorkan diri menutup hidung.Padahal,taik sendiri pon busuk.Cinabeng.
Bila sudah start,aku menjadi orang ketiga yang tampil melakukan ujikaji taik.Wow.Harum sungguh baunya.Keluar bulu-bulu hidung aku.Sekarang,aku mengerti,bahawa tahik memang busuk.Sesungguhnya,Erra Fazira yang lawa sekalipun,tahiknya jugak busuk.Kahkah..
Ujukaji bermula!!
Satu tangan aku memegang lidi untuk mengambil taik.Taik diambil dan satu tangan lagi memegang Glass Object dan taik itu diletakkan.Kedua-dua tanganku memegang bahan yang bertaik.huhu.
Tiba-tiba.........
Punggungku gatal yang teramat.Tanganku terpaksa memegang bahan-bahan itu selama 15min.
Tidak..
Tidak....
Tidakkkkkkk.....
[malang lagi]
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 12:20 AM 4 Kritikan Hebat
Sunday, November 9, 2008
Arnab yang Sangat Bab#
Semalam aku rasa nak masak.Aku tatau nak masak apa.Aku lapar.Tapi aku nak diet.Duit tak ada.Maggi dah abes.Member-member aku sumer keluar.Adeyh.
Aku keluar dari bilik menuju ke dapur di belakang.Kuar je dari bilik,aku nampak arnab tengah buat-buat manja dengan aku.Dengan menunjukkan gigi kapaknya yang dua,aku tergoda.
"Latep,aku lapar.."kata arnab
"kau lapar ke?Ko nak makan ke?Tuan ko tak kasik makan ke?"aku berkata
"Khir kasik aku makan lobak.Aku dah bosan."arnab seraya berkata,,
Alangkah syoknya dapat bercakap dengan arnab selepas bangun dari tidur.Aku tidak imaginasi.Aku hanya berlakon.
Aku terus ke dapur.Bukak peti ais dan kuarkan 3 in 1 bubur.Aku masak dan tambah sedikit telur dan lobak.
bajet nak makan and kasik sket dkt arnab.Bila dah siap,aku bahagi2kan dua.harum baunya.Sangat sedap seraya memuji diri sendiri.
Aku bukak cage arnab dan meletakkan bubur itu betul-betul di luar supaya arnab itu keluar dan memakannya di luar.
Arnab keluar dari sangkarnya.Aku tersenyum dapat membuat bakti kepada arnab.
tetapi......
Arnab itu masuk kembali dan memakan tahinya..Aku ulang,arnab itu makan taiknya daripada makan bubur aku masak.
Arnab oi,,kenapa ko tak jadi babi je.Senang....
Aku marah.....
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 1:49 AM 8 Kritikan Hebat
Dikala hujan menjadi Seksi
Goooooooooooollllllllllllllllllll[intro aku menjerit]
sesungguhnya aku sangat happy bile arsenal menyumbat gol pertama dari Samir Nasri.Sungguh puas ati aku melihat penyokong2 kelab Manchester United menongkat dagu tanda pasrah.Haha..padan muke korang.Mati kau MU..hahaha
Dengan berbekalkan suara yang ade,aku tak sedar aku menjerit sampai melompat sedangkan aku duk paling depan.Dengan saiz badan yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik menyebabkan aku telah mem 'block' layar kat depan.
Aku lupe yang pada waktu itu aku sedang memakai baju manchester United cap Airasia sedangkan aku menjerit apabila Arsenal menyumbat gol.Kahkah.Aku terjerat.Gile aku.X sedar pape aku jerit.Sedar2 dak2 penyokong MU dah ushar2 aku dengan slacknye.hahah.
jam menunjukkan hampir pukul 10.Aku cepat-cepat keluar untuk berjumpe Si-Dia.Oh man...Hujan lebat diluar.Sial sungguh.Macam mane nie??Dengan selamba badak aku meredah hujan.mengambil kunci dalam poket dan akhirnya,dengan ensemnya aku menjatuhkan kunci dalam longkang kecil yang baru aje aku tengok seekor kucing sengih-sengih manja selepas buang air kecil dalam longkang itu.[ape keling ayat aku nie].xpela..awek nye pasal,nak cepat pon nye pasal,aku ambil kunci tu.
Preng...preng...prenggg.....
wohoooo..vespa aku tersumbat air dalam ekzos..hanya tuhan je tau betapa banyak nye aku mencarut dalam hati.Hnaya tuhan je tau berapa banyak ilmu anatomi aku yang aku terjemahkan ke bahasa seharian.Hujan lebat semakin lebat.Seperti bermain-main di badanku.
Jika aku Ariel Peterpan,sudah tentu badanku sangat seksi sekarang.Tapi aku hanya Latiff Iqramie..
hujan...lebatnya kau
vespa aku tak boleh hidup.....
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 1:37 AM 2 Kritikan Hebat
Friday, November 7, 2008
Mama.....ramai orang sakit
hari ini member aku masuk hospital.Sungguh sedih mendengarkan khabar yang sedih lagi sedih.Kawan aku tak pernah masuk hospital.Bila kawan aku masuk hospital,aku sedih.
Kawan aku bernama Tahar[bukan nama sebenar,tapi nama bapaknya] diwadkan di Rumah Sakit Siti Hajar[bile patient nak baik kalau dah nama rumah sakit].Dia disuspek demam denggi berdarah.Aku rasa berdarah.
Waktu aku dapat berita ini,aku tengah skills lab.Tengah ambil darah.Memang cun la.Darah.waktu aku ambil darah,darah tertumpah,atas baju dosen aku yang berwarna merah,terus dia jadik marah.haha..Kawan-kawan,aku tipu je tadi.Saja nak buat ayat ending dengah "Rah-Rah"..
Cerita sebenarnya,tengah aku ambil sample darah untuk di test,Adib message aku menngunakan khidmat pesanan ringkas.Katanya"Tahar[bukan nama sebenar] masuk Sepital.Suspek denggi berdarah."
Sample darah yang dimasukkan oleh aku ke dalam tabung uji terus jatuh.Tanda aku terkejut.Macam dalam cerita plak.Tapi itu hanya banyangan aku sahaja.haha.Aku sangat terkejut.Sumpah terkejut.Kenapa mesti taha??kenapa bukan Adib??haha..
nak dijadikan cerita,aku langsung tak tenang dalam lab tadi.Menunggu je mase loceng berbunyik menandakan habisnya kelas walaupun tidak ada loceng seperti di negara eropah.Sesudah selesai,aku terus keluar dan menelepon Din dan Danial.tanda siap untuk melawat Tahar.
Kami pun terus menuju ke garaje motor.Tanpa disedari,Danial dan Din jatuh di hadapan parking garage.Sungguh malu cilakak.haha.Ini menandakan Danial gemuk dan Din sangat kurus.haha.
sampai-sampai di hospital@rumah sakit,kelihatan ramai di sana.Aku xnak tengok muka diorang.Aku nak tengok muka tahar.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat muka tahar.Aku bukan terkejut melihat muka dia sakit.Tetapi terkejut melihat muka dia sangap untuk merokok kerana di sebelah nya tertera tulisan,"dilarang merokok"..kahkahkah..aku berdekah ketawa..Sekian...
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 10:52 PM 2 Kritikan Hebat
Hujan Panas Dendam Membara
Semalam aku rase hangat.Bukan setakat hangat,membara aku rase.Sampai kalo boleh nampak asap kuar dari badan aku,memang boleh tengok.
Aku baru abes kelas.Bukan kelas la.Praktikum.Aku tahu aritu mood aku sangatla baik.Kalau boleh aku nak senyum aje hari tu.Kalau boleh kat kucing tepi kantin FK yang duk mintak tulang ikan pun aku nak senyum.Herannya,aku tatau kenapa aku nak senyum.Gile!
Berjalanlah aku dengan senyuman di muke.Aku jalan berseorangan menuju ke ruang skills lab.Jalan punya jalan,aku tersepak batu.Maha dashyat sakitnya tuhan saje yang tau.Lepas tu,potong satu point aku nak senyum.
Bile aku sampai,aku naik tangga yang superb tinggi.Aku kira ade 30 anak tangga nak kene aku pijak untuk sampai satu tingkat.Aku plak menuju ke....tingkat 3.Darab la sendirik tuan-tuan.Dari situ aku mula terpikir,siapa laa yang reka tangga.Penat aku nak naik tinggi-tinggi.Sial sungguh..
Benda paling best,aku naik tingkat 2.sampainya aku kat tingkat 2,aku nampak sorang awek Indon.Senyum tambah satu point.Lap peloh di dahi yang berkerut,aku melangkah.Tup tApp tupp tapp,,benda menarik terjadi.
Siallllllllllllllllllll(aku menjerit)
Minah tu kentut tanpa perasan aku di belakangnya.Sial jadinya.Apakah tidak nampak seorang makhluk yang tidak begitu kecik dan tidak begitu besar di belakangnya?Apakah aku ini dihukum kerana cuba melihat seorang awek cantik?[mintak maaf keen syg.saya sayang kamu sorang je.Sumpah.]
Maka dengan hari itu,aku sangatla badmood.Dikentut pertama kali dalam sejarah oleh seorang pempuan cun.Dengan itu,aku simpulkan,perempuan cun mana sekalipun,kentut busuk jugak.
Masuk skills lab,mengamuk...
Karya oleh Camino Palmero Tepat jam 10:38 PM 5 Kritikan Hebat