CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, July 2, 2009

Mamat Pelik di hari Kedua

Hari ni dah masuk hari ke-2 aku makan angin kat bandung.Dah kembung dah perut aku layan angin Bandung.Serious aku cakap,sangat sejuk especially bila lepak-lepak dekat bukit-bukit sini.

2nd day ni,dah banyak tempat aku pegi.Paling menarik,melayan kawah-kawah dekat bukit ape name ntah.Siyes aku cakap,besar nak mati kawah tu.Baru aku paham asal budak-budak ni suka sangat panggil mamat muka jerawat seperti muka berkawah.Hahaha.gelak golek-golek.

Benda paling pelik aku beli hari ni.Topi ada ekor.Penah dengar?haha.Aku beli satu topi ni.Topi die ala-ala army Russian yang dibuat dari kulit@bulu arnab.Walaupun dunia skang menyambut hari No Fur on Shirt, aku pedulik hapaaa...

Nak dijadikan cerita,aku melepak dekat Paris Van Java[satu shopping mall]. Sambil melayan air coke dan menikmati donut jCo[patut berat aku x berubah] , ada sorang mamat ni minta lighter dekat aku.Aku pun tersengih-sengih cakap,"Sori pak,ngak bawa"...

Untuk mengelakkan dari tersipu-sipu malu,mamat tu melepak laa dengan aku sambil borak-borak.Layan punya layan,rupanya mamat ni seorang askar. Non stop duk bercerita lawan puak-puak pemisah kat sempadan Indonesia.Non stop bercerita sampai aku sendirik dahaga dengar dia bercerita.

Last-last dia stop jugak.Dinally aku dapat relax. Die mintak kebenaran nak pulang.So,aku pun salam laa..Time aku nak paling muka je,mamat tu tepuk aku sambil cakap,"Lupa aku mau nanyakan namamu.".Aku sengih-sengih kerang wangi dan cakap nama aku kat mamat nie...mamat tu membalas,"Namaku Jackie Chan [namanya seperti yang aku sedia maklum]. Ingat ya,Namaku Jacky Chan,..C.H.U.N.K....Jacky Chunk!"....

Berhingus hidung aku ketawa berdekah-dekah..Ada gak makhluk nama macam nie..haha

2 Kritikan Hebat:

Op Redz said...

adk bradik chip munk!
hahaha~

Camino Palmero said...

haha...ye kot..tp cool woh name die